中文(簡) l 中文(繁) l English l Malay  
   
   
     
 
COMPANY
Ucapan Presiden
Ucapan Naib Presiden
Tentang kami
 
 
 


Tentang kami

Falsafah pengurusan perniagaan
We Beauty beroperasi berasaskan falsafah pengurusan 'menghentamkan hati buruk, menyingkirkan lemak, menghapuskan kemiskinan dan mencipta masa depan yang cerah'. Produk dijamin berkualiti tinggi, berteknologi tinggi dan berkesan. Selain itu, kami menyarankan produk kecantikan yang semula jadi, selamat dan bernutrien. Segala manfaat terhadap pengguna akan diutamakan. Di samping itu, memastikan peruncit Setor Lite kami mendapat keuntungan yang lumayan adalah matlamat kami. Maka, dengan mendukung falsafah pengurusan perniagaan ini, kami pasti akan dapat membina satu masa depan yang cerah bersama-sama.



Mengenai jenama

Kegemukan sering dikenali sebagai punca asas kepada penyakit dewasa. Kegemukan, bukan sahaja membebankan organ badan, malah mempengaruhi fungsi organ dalaman dan sistem badan. Apabila masalah kelebihan berat menjadi penyakit kegemukan, penyakit diabetes, tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan risiko mendapat pelbagai penyakit akan turut meningkat. Kegemukan bukan sahaja mempengaruhi secara fizikal, malah membawa banyak kesulitan dalam kehidupan harian. Lebih-lebih lagi, kegemukan boleh mengakibatkan pelbagai penyakit sampingan, mempercepatkan proses penuaan dan kematian. Maka, adalah tidak hairan ada yang mengatakan kegemukan itu merupakan penanda kepada pelbagai penyakit dan penuaan. Jadi, untuk mengubati penyakit-penyakit ini, masalah kegemukan haruslah ditangani dahulu.

Sejak tahun 90an, ‘mengurangkan berat badan’ merupakan istilah-istilah yang paling kerap digunakan. Sejak 10 tahun ini, konsep mengurangkan berat badan bukan sahaja semakin berkembang, malah menjadi satu industri yang menjadi sasaran ramai pengusaha. Namun, mana satukah antara produk mengurangkan berat badan ini betul-betul berkesan? Ketua setiausaha Wong Ming Ta dari Pertubuhan Dunia Perubatan Alam berkata dengan tak terdaya: “Hampir semua pengguna mensia-siakan duit sahaja.” Membandingkan pasaran produk mengurangkan berat badan dahulu dan kini, ramai pengusaha produk mengurangkan berat badan tidak mendalami penyelidikan saintifik untuk menghasilkan produk yang paling sesuai untuk kumpulan pengguna yang berbeza. Mereka hanya bergantung kepada idea mengurangkan berat badan yang pelbagai, malah memperbesar-besarkan kandungan periklanan untuk menarik perhatian pengguna.

Berkenaan masalah mengurangkan berat badan, syarikat telah membinakan jenama mengurangkan berat badan yang sihat dan boleh dipercayai pada tahun 2004. Syarikat turut membuat pantauan, kajian untuk mencari satu produk mengurangkan berat badan tanpa bahan kimia dan selamat. Keputusan daripada penyelidikan selepas setahun bergabung dengan pengalaman pengguna, syarikat pada tahun 2005 menubuhkan kumpulan We Beauty. D’Tone dan D’Green merupakan jenama yang pertama diciptakan oleh syarikat, ia mendapat sambutan yang baik daripada pelanggan dan telah menaikkan lagi nama We Beauty.

 

WAWASAN KAMI
Mencipta satu platform untuk produk kecantikan dan kesihatan yang berjaya dan membimbing dalam industri kecantikan dan kesihatan.

MISI KAMI
Menggabungkan kekuatan pengusaha-pengusaha saiz kecil dan medium untuk menaik taraf secara menyeluruh dan meningkatkan pengetahuan tentang produk kecatikan dan kesihatan.

SLOGAN KAMI
Membantu anda miliki bentuk badan yang cantik dan sihat!
Pasaran mengurangkan berat badan, semakin mengurus, semakin berisi

KEJAYAAN KAMI
Kami berjaya membantu berjuta-juta orang mengurangkan berat badan dan membuang lemak berlebihan. Dalam pasaran mengurangkan berat badan dan kesihatan, D'Tone dan D'Green telah menjadi produk mengurangkan berat badan yang popular. Kami tegas untuk menggunakan produk mengurangkan berat badan yang semula jadi, selamat dan tanpa bahan kimia untuk membantu pelanggan kami mencapai kesan mengurangkan berat badan yang sihat. Maka, kami mendapat sambutan yang meriah daripada pelanggan dan keadaan ini membolehkan kami berjaya mendirikan 100 Setor Lite di seluruh Malaysia. Selain daripada mendapat sambutan dan sokongan daripada pasaran Malaysia, We Beauty juga berjaya mengembangkan kerjaya ini ke Singapura, Turki, UK, Indonesia dan negara-negara lain.

PENGANUGERAHAN
Jenama Terbaik Asia Pasifik 2009
We Beauty menerima anugerah Jenama Terbaik Asia Pasifik 2009. Ia menyimbolkan kualiti produk, imej jenama, dan pengurusan perniagaan mendapat sambutan dan sokongan yang menyeluruh daripada pengguna dan merupakan satu kerjaya yang baik dan bermotivasi untuk membekalkan khidmat pelanggan yang lebih baik dengan produk yang berkualiti tinggi.













 

 

Asia Pacific Excellence Brand 2009

 
 
 
 


 
Mengenai syarikat .Terma dan syarat . Penyataan sah
Copyright © 2010 We Beauty Marketing Sdn Bhd. Hakcipta Terpelihara.
Kami berada di sini