中文(簡) l 中文(繁) l English l Malay  
   
   
     
 
SYARIKAT
Ucapan Presiden
Ucapan Naib Presiden
Tentang kami
 
 
 


Ucapan Presiden


Encik Lim Koon Teik
Presiden


Kajian intensif yang dilakukan oleh We Beauty untuk mencari punca asas obesiti mendapati cara hidup yang tidak menentu dan kurang sihat adalah punca masalah ini. Bagi memastikan keberkesanan produk mengurangkan berat badan, kami telah memberi tumpuan khas kepada pelanggan sasaran bagi menghasilkan produk yang sesuai dengan mereka di samping mencapai keberkesanan penyiaran iklan. Saya percaya bahawa satu produk mengurangkan berat badan yang berkesan dan berjaya memerlukan kajian intensif dan kepekaan terhadap fungsi tubuh badan manusia sebelum sesuatu produk digunakan untuk membakar lemak badan berlebihan, mengurangkan berat badan dan pada masa yang sama tidak menjejaskan kesihatan penggunanya.

Kini, pelanggan bukan sahaja bertimbang atas faktor harga tetapi juga perkhidmatan selepas membeli. Suatu perkhidmatan pelanggan yang baik akan mengurangkan banyak masalah dan menyakinkan lagi pelanggan terhadap jenama kami.

Kami juga menyahut saranan Kementerian Kesihatan dengan memenuhi syarat yang ditetapkan untuk menghasilkan satu konsep baru produk mengurangkan berat badan, iaitu peraturan emas ‘Pengurangan berat badan Hijau’ untuk kumpulan obesiti tertentu. Dengan berpegang kepada ideologi pengurusan perniagaan ‘berdedikasi, professional dan memusatkan kemanusiaan, kami mampu membekalkan khidmat runding kesihatan yang paling bagus dan sempurna. Produk kami berkualiti tinggi, berkesan dan dihasilkan dengan teknologi canggih. Kami menyarankan pengurangan berat badan secara semula jadi yang selamat dan mengutamakan segala yang terbaik untuk pelanggan kami.

Perkhidmatan pelanggan yang baik juga adalah salah satu misi syarikat ini untuk mengekalkan pelanggan yang sedia ada dan menarik pelanggan baru. We Beauty sentiasa menetapkan keutamaan dan tahap sasaran untuk perkhidmatan pelanggan kami. Kami telah menghasilkan satu sistem yang sempurna dan menyeluruh untuk meningkatkan daya saingan dalam pasaran dan kami mampu mendapat sokongan dan keyakinan daripada pelanggan. Saya dengan ikhlasnya mengucapkan jutaan terima kasih kepada 500 peruncit sedunia kami yang sering memberi sokongan yang menggalakkan sepanjang masa ini. Terima kasih!

Persaingan dalam pasaran produk mengurangkan berat badan semakin hebat dari hari ke hari. Jadi, kami telah menetapkan tahap mutu yang lebih tinggi untuk memenuhi tahap mutu antarabangsa. We Beauty turut melaburkan duit yang banyak untuk mengembangkan strategi pemasaran Setor Lite. Maka, menyertai We Beauty merupakan pilihan terbaik untuk terus berusaha dan berkembang, sementara risiko adalah di peringkat yang paling rendah sekali.

We Beauty mempunyai satu strategi penjualan yang sempurna. Kami membekalkan satu rancangan perniagaan yang menyeluruh untuk peruncit, membantu mereka dalam menyediakan logistik, mendidik, melatih dan membantu mereka untuk memupuk kepekaan jenama dan perkembangan produk. Peruncit-peruncit adalah bebas daripada kerja-kerja yang remeh-temeh dan proses yang menyusahkan dalam membina perniagaan mereka. Oleh yang demikian, mereka akan mempunyai masa yang cukup untuk mengurus dan mengembangkan perniagaan mereka. Hanya melalui khidmat pelanggan dan konsep jualan, kami mampu bersaing dengan syarikat-syarikat lain dalam industri produk mengurangkan berat badan.

Kami mempunyai kelebihan berani untuk mencabar dan menginovasi, kami ingin terus membuat dengan lebih baik, terus menyumbang untuk memcipta satu jenama produk mengurangkan berat badan yang berkualiti unggul.

Terima kasih.




 

 

MR. LIM KOON TEIK
President
 
 
 
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
 
Mengenai syarikat .Terma dan syarat . Penyataan sah
Copyright © 2010 We Beauty Marketing Sdn Bhd. Hakcipta Terpelihara.
Kami berada di sini