中文(簡) l 中文(繁) l English l Malay  
   
   
     
 
LITE STORE
Strategi pemasaran Lite Store
Kenapa menyertai rancangan pemasaran Lite Store We Beauty
Sertai kami
Pertanyaan
 


Soal jawab biasa Lite Store

S: Apakah objektif untuk mereka dan meletakkan papan tanda?
J: Kami telah membantu lebih daripada berjuta-juta orang untuk mengurangkan berat badan, objektifnya adalah untuk membolehkan pelanggan senang mencari lokasi Lite Store.

S: Apakah jenis bayaran yang disediakan?
J: Pelanggan boleh sama ada membuat bayaran lengkap atau bayaran melalui kad kredit.

S: Adakah sebarang jaminan atau manfaat khas untuk Lite Store We Beauty?
J: Kami tidak menyediakan sebarang jaminan atau manfaat khas kerana kami percaya konsep pemasaran “Kita lebih pandai daripada Saya”. Dalam rancangan penebusan kami, sesetengah ganjaran dan bonus ditentukan melalui usaha secara kolektif daripada setiap Lite Store. Jadi, semakin banyak Lite Store kami ada, semakin banyak kami dapat secara keseluruhannya.

S: Adakah saya perlu mendaftar sekali lagi sekiranya saya mempunyai lebih daripada satu cawangan?
J: Ya, anda perlu membuat sedemikian untuk setiap cawangan.

S: Adakah saya diizinkan untuk mempromosikan produk sendiri semasa promosi dan kempen pasaran We Beauty?
J: Sekiranya anda berminat dalam mempromosikan produk anda bersama dengan produk We Beauty, sila menghubungi kami kerana kami akan mengadakan satu kempen pasaran dan strategi untuk anda.

S: Apakah kursus yang dibekalkan oleh We Beauty?
J: Kursus latihan kami termasuk dengan strategi pemasaran, pengurusan perniagaan, pengetahuan produk dan khidmat pelanggan untuk majikan dan kakitangan.

S: Apakah tujuan untuk menghadiri kursus latihan ini?
J: Ia adalah untuk memastikan semua Lite Store kami mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang produk untuk membekalkan perkhidmatan profesional kepada pelanggan kami.

S: Apakah kebaikan tentang rak pameran dan unit pameran cermin yang dibekalkan oleh We Beauty?
J: Rak pameran dan unit pameran cermin adalah digunakan untuk mempamerkan produk We Beauty, maklumat berkaitan dan surat perakuan daripada pelanggan. Ia akan membantu untuk menarik perhatian pelanggan dan membolehkan anda mempromosikan produk kepada pelanggan.

 




 
Mengenai syarikat .Terma dan syarat . Penyataan sah
Copyright © 2010 We Beauty Marketing Sdn Bhd. Hakcipta Terpelihara.
Kami berada di sini