中文(簡) l 中文(繁) l English l Malay  
   
   
     
 
LITE STORE
Strategi pemasaran Lite Store
Kenapa menyertai rancangan pemasaran Lite Store We Beauty
Sertai kami
Pertanyaan
 


Mengapa sertai Lite Store We Beauty


Rancangan penebusan
Satu pusat penjagaan dan mengurangkan berat badan yang berjaya bergantung kepada kemahiran dan kepakaran anda. Melalui perkataan dan pengenalan dari mulut ke mulut oleh pelanggan lama, pelanggan baru akan datang untuk menanyakan perkhidmatan anda. Keadaan ini akan menyebabkan anda yang tidak mempunyai kakitangan dan masa yang banyak mengalami masalah. We Beauty telah dapat menjangkakan masalah ini dan telah menghasilkan satu program ganjaran dan bonus untuk anda supaya anda mendapat keuntungan secara aktif dan pasif.

Pendapatan aktif

Pendapatan aktif adalah pendapatan yang diperolehi secara berkadaran dengan masa dan tenaga yang diluangkan dan kemahiran yang anda ada. Dalam program ganjaran dan bonus We Beauty, kami telah merekakan sistem ganjaran untuk memastikan pengedar kami mendapat kadar ganjaran yang sepadan dengan perkhidmatan dan usaha mereka yang bagus.
 

Pendapatan pasif
Robert Toru Kiyosaki berkata bahawa wang tidak akan menjadikan anda kaya, orang kaya tidak akan bekerja untuk wang. Sekiranya anda bekerja kuat untuk memperolehi pendapatan, ini bermaksud anda tidak akan kaya, kerja keras anda akan menjadikan bos anda kaya, pinjaman yang anda buat akan menjadikan bank kaya, dan pendapatan anda hanya cukup untuk menampung bil-bil anda, keadaan ini telah memastikan bahawa anda perlu terus bekerja keras sepanjang hayat, satu kehidupan yang menggunakan 'masa untuk menukarkan wang', anda akan mempunyai satu kehidupan 40/40/40 (bekerja 40 jam seminggu untuk 40 tahun, pendapatan selepas pencen hanya 40% daripada pendapatan yang asal). Tetapi, sekiranya anda dipecat, cedera atau jatuh sakit, anda akan kehilangan syarat menggunakan 'masa untuk menukarkan wang', pendapatan anda akan hilang juga, dan di manakah jaminannya?

Orang kaya adalah kaya kerana mereka mempunyai aset yang banyak. Orang kaya bekerja keras untuk membina aset mereka. 2 jenis aset yang paling biasa adalah sistem enterprise dan portfolio, seperti pelaburan harta tanah dan pelaburan kewangan, orang kaya memperoleh pendapatan daripada aset. Yang penting sekali, aset membolehkan orang kaya mempunyai pendapatan yang tak terhingga, sama ada mereka bekerja atau tidak, sistem enterprise akan bekerja untuk mereka, wang juga akan bekerja untuk mereka. Oleh itu, orang yang betul-betul kaya boleh mempunyai masa dan wang pada masa yang sama mempunyai kehidupan yang diingini dan membuat kerja yang diminati.

Kewangan yang wajar adalah menukarkan pendapatan kerja kepada pendapatan aset dan menggunakan masa lepas kerja untuk mendirikan aset sendiri. Saya ingin berbincang dengan anda sama ada kita boleh mengguna dengan sepenuhnya sumber yang kita ada, dan dengan wang yang sikit untuk membina aset sendiri.

Burke Hedges dalam bukunya “The Parable of the Pipeline” menyatakan bahawa bentuk pendapatan kita menentukan corak kehidupan kita. Beliau menggunakan 2 cerita ibarat untuk menyampaikan idea yang hampir serupa dengan Robert Kiyosaki bahawa: kebanyakan orang mempunyai bentuk pendapatan yang sama yang juga merupakan pendapatan aktif jenis baldi, ia bermaksud mengangkat satu baldi air untuk mendapatkan wang, bekerja untuk pendapatan, tiada pendapatan sekiranya tidak bekerja. Bagi mereka yang mempunyai masa lapang dan wang, saluran paip yang mereka ada ialah pendapatan pasif. Jadi, puncanya adalah tentang bentuk pendapatan, bukan tentang jumlah pendapatan itu.

  1. Profit Jualan Runcit
  2. Bonus Pengenalan
  3. Bonus Kaunseling Pengiklanan


 
Mengenai syarikat .Terma dan syarat . Penyataan sah
Copyright © 2010 We Beauty Marketing Sdn Bhd. Hakcipta Terpelihara.
Kami berada di sini